
Kenapalah aku berasa sangat-sangat bosan hari ni? Dah la tu, asyik menguap menahan mengantuk. Adakah aku memerlukan cuti untuk melepaskan kebosanan aku jauh-jauh daripada diri ini? Masalahnya, hamper kesemua cara untuk melepaskan tekanan perasaan aku memerlukan wang ehehehhh. Kalau lah aku boleh membeli playstation 2 untuk aku layan pada malam hari
Laptop lak aku hanya menunggu cek daripada HR. Aku malas nak pakai kad kredit pasal nanti kena surcaj 3%. Rugi ler aku tak pasal-pasal kena bayar lebih. Oh ya, aku nak beli laptop untuk mengurangkan aku balik terlalu lambat daripada pejabat. Dalam masa yang sama boleh la mem besau buat keje pejabat dia sekali. Kebanyakkan kerja mem besau memerlukan dia menaip dengan banyak. Jadi kalau ada laptop tu dia boleh sambung kerja kat rumah aku atau pun kat rumah mak dia. Kerja aku semua dalam external hard disk. Aku pinjam kat pengurus kanan aku kat pejabat. Tak lah besar sangat kapasiti external hard disk nih, cuma dalam 40GB. Ok laa tu, dalam cpu desktop aku, tiada tersimpan kerja ini. Ini pun dah mula berat, mungkin pasal RAM yang tidak mencukupi. Untuk beginner macam aku nih, RAM 256MB tak cukup laa. Nak main game lagi :p Aku menyasarkan untuk membeli laptop jenama HP Compaq Presario kot. Dapat layan Red Alert pun kita ok laa
Kalau ada rezeki lebih aku bercadang nak masukkan internet ke rumah aku. Tapi mem besau lak nak pasang astro. So aku kena berdiskusi terlebih dahulu dengan mem besau. Kerana ini semua memerlukan duit. Ahakssss. Tapi yang pasti aku tidak mahu pasal line telefon kat rumah. Mungkin aku akan pakai maxis wireless. Activation RM188 dan bulanan sebanyak RM68. Dalam kereta, dalam bilik air, bawah katil pun boleh surf lagi asalkan ada liputan. Best…… Tapi itu semua tertakluk kepada bajet bulanan. RM188 dan RM68 untuk bulanan pun kira banyak lah jugak untuk kami.
P/S:Lawa kan pix kucing kita nih :p
No comments:
Post a Comment